Tuesday, January 6, 2015

On 10:21 AM by Unknown in    No comments


Assalamualaikum semua. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Hari ni, admin nak berkongsi tips yang kebanyakan orang terlepas pandang dalam memilih ayam yang segar dan tentulah sihat untuk dinikmati.

WARNA


Apabila anda membeli ayam segar di pasar basah atau pasar raya, perhatikan warna dagingnya. Daging ayam yang masih baik kelihatan lebih segar dan memiliki kulit yang berwarna merah. 

Jika warna daging ayam kelihatan biru, berkemungkinan daging ayam sudah busuk. Perhatikan juga keadaan daging ayam sama ada bersih atau tidak.



BAU



Tidak salah jika anda menghidu bau daging ayam kerana bau itu menunjukkan kondisinya yang sebenar. 

Daging ayam yang masih segar tentunya memiliki aroma daging yang segar dan semulajadi. 

Jika terdapat bau yang kurang menyenangkan dan lendir, usah membelinya walaupun ramai yang beratur seakan berminat untuk membeli.



TEKSTUR



Sebagai pembeli, anda berhak memeriksa tekstur daging ayam dengan menekan dagingnya. 

Daging ayam yang segar mempunyai mempunyai pembuluh darah di sekitar leher dan kepak. Malah daging ayam segar lebih kenyal dan tidak lembik apabila ditekan dengan jari. 

Apabila daging menjadi lembik apabila ditekan, ia memang daging ayam yang sudah lama.



TIPS EKSTRA



1. Sebaik saja membeli daging ayam, cuci segera dengan bersih kerana ayam yang dijual adalah terbiar tanpa ais.



2. Ada petua mencuci daging ayam menggunakan tepung atau asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir.



3. Sebaiknya simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais.



4. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius. 



5. Jika anda membeli ayam sejuk beku (frozen), pastikan ayam tersebut dibungkus rapi dan tidak mempunyai bahagian ayam yang telah lembut dan cair dari pembekuan.



6. Elak menyimpan kembali di dalam peti sejuk untuk pembekuan semula kerana proses ini menggalakkan pembiakan bakteria yang bahaya seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi.



7. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature)  iaitu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator).



8. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan.



9. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja.



10. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair.  Sekiranya ingin  membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan.

Sekian, itu sahaja daripada admin. Semoga anda lebih berhati-hati menguruskan ayam nanti yer :)


0 comments:

Post a Comment