Monday, January 12, 2015

On 1:22 PM by Unknown in    No comments

Best kan jika setiap hari berada di dapur dan memasak untuk keluarga dengan setulus dan sepenuh hati?

Tapi itu sahaja tidak cukup, soal kebersihan dan kesegaran makanan juga perlu dititikberatkan bersama supaya khasiat dapat disalurkan kepada keluarga. 

Kesilapan cara memasak boleh menyebabkan  makanan kehilangan nutrisi dan kurang sedap.

1. Panggang

                           


Teknik menggunakan ketuhar ini adalah dengan memastikan makanan dikelilingi haba kering yang panas. Bermula dari ikan, daging, roti dan sayur semuanya boleh dipanggang. 

Panaskan terlebih dahulu ketuhar dengan suhu yang ditetapkan. Setelah suhu panas, masukkan makanan ke dalam ketuhar untuk beberapa minit.

Selain ketuhar, pemanggang ajaib juga boleh digunakan dan masa memasak dapat dikurangkan secara maksimum.

2. Bakar

Teknik ini hampir sama dengan teknik panggang di mana ia menggunakan ketuhar. 

Bakar memerlukan suhu yang tinggi seperti membakar daging dan ikan. Suhu yang tinggi biasanya mengambil masa yang sekejap untuk masak kerana mahu mengelak makanan kering. 

                  

Mula panaskan ketuhar selama lima hingga tujuh minit. Bergantung kepada ketebalan daging, hadkan lima hingga sepuluh minit setiap bahagian. Apabila kelihatan perang keemasan, terus balikkan.

3. Sautéing

Kaedah ini adalah untuk membantu makanan lebih cepat masak terutamanya daging atau sayur. Anda hanya memerlukan sedikit minyak dan kuali leper. 


Sautéing the mushrooms. Admin suka jenis in


Untuk sauté, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak sihat seperti minyak zaitun. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan. Untuk elak hangus dan terlebih masak, pastikan anda gaul dengan kerap.

4. Kukus

Kaedah mengukus adalah untuk memastikan sayuran yang dimasak kekal rangup, segar dan mempunyai khasiat.  

Untuk mengukus, basuh dan potong sayuran anda, pastikan air kukusan cukup panas dan masukkan sayur ke dalam alat pengukus untuk beberapa minit. 

                           

Pastikan anda menutup penutup alat pengukus supaya masak rata. Hidang segera setelah masak.

Mungkin anda menganggap ia teknik yang biasa namun kesilapan memanggang, membakar, sautéing dan kukus dengan membiarkan suhu yang tidak betul dan had masa yang kurang sesuai boleh menyebabkan masakan anda kehilangan nutrisi. 

Tip mudah untuk mengetahui sama ada masakan betul-betul sempurna adalah dengan menghidu aromanya dan masakan itu kelihatan tidak terlalu kering. 

Selamat mencuba. 

0 comments:

Post a Comment