Wednesday, December 24, 2014

On 11:04 PM by Unknown in    No comments

Sudah hampir seminggu kita ditadahkan dengan berita-berita di media terutamanya media sosial mengenai banjir besar di Malaysia. 

Bermula dengan serangan bah besar di negeri-negeri Pantai Timur dan kini terus turun ke negeri-negeri Pantai Barat pula.

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir setengah negeri di Malaysia hampir lumpuh. Baik dari segi aktiviti kehidupan, perhubungan, komunikasi, keperluan bencana dan bantuan serta lainnya.


Hari ini, kita digemparkan pula dengan kehilangan kapal terbang Air Asia yang hilang secara tiba-tiba dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura.

UJIAN & ORANG BERIMAN

Pastinya, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang penuh dengan keamanan tapi mungkin kurang dari aspek perpaduan. Mungkin...

Jadi, Allah SWT menguji sekadar upaya hambaNya. Jika kurang di bahagian itu, Allah itulah bahagian itu kerana bencana ini bukan untuk menguji keutuhan bumi atau kapal terbang tapi untuk membetulkan kembali sikap sesama manusia.


Pray For Malaysia untuk terus aman, selamat, masyarakatnya saling memahami dan bersatu padu.

Tahniah saya ucapkan kepada semua sukarelawan, masyarakat yang memberi bantuan dalam semua bentuk dan akhir sekali, doakan admin untuk turut sama dalam sukarelawan Malaysia untuk mangsa banjir minggu depan.

Allahumma amin...

Ada ke yang nak turut serta misi ni?

Pasti ramai kan? Jika tak berhalangan boleh rujuk dengan mereka ini di talian ini yer :)


On 11:00 PM by Unknown in    No comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Sharing saya hari ini nampak ringan tapi sebenarnya memberi kesan yang berat dan kritikal kepada kami untuk memulakan perniagaan offline atau gerai.

Sedikit rahsia dari kami. Kami adalah full-online businessman selama hampir 18 bulan sejak pertengahan 2013.

Bisnes berkembang sangat maju hingga kami terpaksa 'pencen muda' dan bekerja dari rumah sahaja.

Sempena tahun baru 2015, kami sengaja mencabar diri untuk memulakan bisnes Ayam Golek Beratuq ini secara berdepan bersama customer tanpa disempadani oleh teknologi kini.

Bahkan antara desakan sebenarnya adalah untuk membantu orang ramai untuk mendapatkan makanan yang halal, sihat dan lebih menjimatkan di samping berkongsi rasa ramuan rahsia Ayam Golek Beratuq kami.

Ok, terpanjang pula. :)

KENAPA BERBISNES?!

Soalan ini sebenarnya subjektif. Tapi saya terkesan dengan video ini. Jom kita hayati bersama.


Satu saat, saya bertemu dengan seorang kawan di rumahnya.
Sambil bersilaturrahim, saya ingin  mengajaknya berbisnes.

"Pak, ayuh pak ikut berbisnes dengan saya."
"Saya tidak mahu pak!" jawabnya mantap.

Kemudian saya tanya,"Kenapa?"
Jawabnya,"Saya takut kaya"

Saat itu saya kaget, ternyata ada orang yang takut kaya. Dia sangat faham kalau menjalankan bisnes risikonya adalah kaya.

Lalu saya bertanya,"Kenapa anda takut kaya?"
"Saya takut hubbun dunya......Saya takut cinta kepada dunia."

Dalam hati saya berbisik,"Luar biasa kawan saya ini. Dia orang yang soleh."

Dalam hati, saya berdoa,

"Ya Allah, orang soleh seperti inilah yang patutnya kaya. Kerana kalau kekayaan dipegang oleh orang-orang soleh, insyallah rahmatan lil a'lamin. Menjadi rahmat sekalian alam."

Tapi sayangnya,

'ORANG KAYA TIDAK MAHU SOLEH, ORANG SOLEH TIDAK MAHU KAYA'.

#

Kemudian saya bertanya, "Adakah hubbun dunya penyakitnya orang kaya sahaja?"

"Tidak, orang miskin pun banyak menderita penyakit hubbun dunya. Masalahnya bukan ia kaya atau ia miskin tapi bagaimana kita bersikap terhadap kekayaan"

Dengan alasan inilah banyak umat Islam yang tidak mahu bekerja keras, tidak mahu berusaha menjadi orang kaya dan tidak mahu menjadi orang besar.

'UMAT ISLAM TERLALU BESAR UNTUK PUNYA CITA-CITA KECIL!'

Umat Islam harus kaya.....

Seperti kayanya Abu Bakar as-Siddiq, seperti kayanya Umar bin al-Khattab dan kayannya Uthman bin Affan.

Kerana kekayaan merekalah Islam boleh berjaya!

Rasullullah SAW mengajarkan kita untuk berdoa,

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur".

Yang menjadi masalah bukan seberapa banyak kita mendapatkan wang....

'TAPI WANG ITU...DARI MANA DAN UNTUK APA?'

Kata Rasulullah SAW:

"Kita tidak boleh iri melainkan kepada 3 orang, iaitu orang yang berilmu, kemudian mengamalkan dan mengajarkannya, orang yang mati syahid dan orang kaya dan dermawan".

Ingatlah....
Kita adalah harapan masa depan umat.
Bangkit mulai sekarang.
Harapan itu pasti ada.
Allah bersama kita.


~ Ustaz Bagus Hernowo ~

#

Hebatkan. Inilah motivasi kami berbisnes. Bisnes kosong yang diisi dengan amanah, kejujuran dan kemesraan kasih sayang menjadi syiar kepada kekuatan ekonomi umat Islam.

Sekian dulu dari saya.

- Admin -
On 1:54 PM by Unknown in    No comments


Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung blog.

Blog ini adalah himpunan ceritera saya dan rakan bisnes dalam bisnes ayam golek yang baru bertunas ini. 

Semoga sokongan tuan puan dapat membantu kami untuk lebih kaya dan berjaya dalam bidang bisnes yang hebat ini.

Kepakaran kami adalah menyelesaikan masalah para ibu bapa bekerjaya, para pekerja dan para pelajar yang sibuk dengan urusan pejabat, pembelajaran atau kehidupan seharian untuk menyediakan makanan harian yang seimbang, halal dan lazat untuk diri sendiri ataupun keluarga.

Kelihatannya, ramai orang mengambil jalan mudah dengan membeli makanan berbentuk fast-food dan lauk-pauk yang telah siap dimasak tanpa memerhatikan kandungannya dan jaminan keselamatan makanan tersebut sehingga akhirnya lebih banyak memudharatkan pada diri dan kesihatan.

Oleh itu, objektif utama kami adalah memberi pilihan terbaik dengan jaminan kebersihan dan kesihatan dengan menyediakan ayam golek yang disembelih dengan baik dan memenuhi piawaian halal dan sangat lazat sehingga anda dapat merasai rasa rempah bertumisnya pada setiap hiris daging ayam yang disuap ke mulut anda. 

Gerai ini akan dibuka berdasarkan butiran berikut:

Lokasi - Depan Tapak Pasar Malam Taman Cendana, 
Pasir Gudang, Johor. (Sebelah masjid Taman Cendana)

Tarikh Dibuka - 30/1/2015

Masa - 11 pagi hingga 6 petang (setiap hari)

Harga - RM 18/ekor 

Diskaun - 10%. Sah sehingga 28/2/2015

Mari beramai-ramai. Kami menanti kedatangan anda dengan servis istimewa.