Wednesday, January 28, 2015

On 1:55 PM by Unknown in    No comments

Admin ingin berkongsi satu video yang sangat menyentuh hati. Anda pasti teruja dengan takrifan 'kaya' itu sendiri hingga anda temui jawapannya melalui video ini.

Ia satu kisah benar yang sengaja diuji ke atas seorang peniaga tua. Seorang pelakon upahan diupah untuk tujuan ini. Namun, hasilnya menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Kata-katanya yang bagus,

"I only want money for my effort. No more!"

Enjoy yourself...


______________
Jangan lupa LIKE dan GET NOTIFICATION dari FB Page kami, AyamGolekBeratuq

Tuesday, January 27, 2015

On 8:39 PM by Unknown in    No comments
Assalaamualaikum semua.

Hari ni kami nak berkongsi cara memotong ayam dengan betul khasnya untuk dibuat ayam golek.

Untuk makluman semua, potongan ayam golek perlu dibuat untuk tujuan yang SANGAT PENTING iaitu pembersihan dan mengeluarkan organ dalaman seperti hati, limpa, urat dan sebagainya yang tidak dikehendaki. Hanya daging ayam keseluruhannya diperlukan.

2 JENIS POTONGAN AYAM GOLEK

1. BULAT



Ayam bulat jenis ini hanya dipotong pada bahagian bontot ayam sahaja. Segala isi perut ayam dikeluarkan dari bontot ayam dengan cara ini. 

Air akan dilalukan melalui lubang di antara leher (sebelah hadapan) dan keluar melalui lubang bontot (di sebelah belakang) untuk tujuan pembersihan.

2. BUTTERFLY

Ayam akan dibelah kepada 2 bahagian terlebih dahulu. Potongannya di bahagian dada kerana terdapat tulang lembut dan tulang kecil sahaja pada bahagian itu. 

Kemudian aktiviti pembersihan dan pengeluaran isi perut ayam baru dimulakan.



Kami menggunakan cara pototngan butterfly. Anda tahu kenapa?

i- Potongan untuk ayam golek secara butterfly adalah LEBIH BERSIH. Ini kerana kita dapat membersihkan bahagian dalaman ayam dengan lebih mudah dan lebih sekata berbanding potongan ayam bulat biasa.

ii- Bukan hanya bersih, malahan ia lebih sempurna untuk meletakkan rempah ratus semulajadi hasil adunan kami di bahagian dalam dan luar ayam untuk tujuan perapan yang lebih sempurna.

Motto kami dalam bisnes makanan ini sangat jelas. 
Bersih, lazat dan berkhasiat. Tiada kompromi!

______________
Jangan lupa LIKE dan GET NOTIFICATION dari FB Page kami, AyamGolekBeratuq

Monday, January 12, 2015

On 1:22 PM by Unknown in    No comments

Best kan jika setiap hari berada di dapur dan memasak untuk keluarga dengan setulus dan sepenuh hati?

Tapi itu sahaja tidak cukup, soal kebersihan dan kesegaran makanan juga perlu dititikberatkan bersama supaya khasiat dapat disalurkan kepada keluarga. 

Kesilapan cara memasak boleh menyebabkan  makanan kehilangan nutrisi dan kurang sedap.

1. Panggang

                           


Teknik menggunakan ketuhar ini adalah dengan memastikan makanan dikelilingi haba kering yang panas. Bermula dari ikan, daging, roti dan sayur semuanya boleh dipanggang. 

Panaskan terlebih dahulu ketuhar dengan suhu yang ditetapkan. Setelah suhu panas, masukkan makanan ke dalam ketuhar untuk beberapa minit.

Selain ketuhar, pemanggang ajaib juga boleh digunakan dan masa memasak dapat dikurangkan secara maksimum.

2. Bakar

Teknik ini hampir sama dengan teknik panggang di mana ia menggunakan ketuhar. 

Bakar memerlukan suhu yang tinggi seperti membakar daging dan ikan. Suhu yang tinggi biasanya mengambil masa yang sekejap untuk masak kerana mahu mengelak makanan kering. 

                  

Mula panaskan ketuhar selama lima hingga tujuh minit. Bergantung kepada ketebalan daging, hadkan lima hingga sepuluh minit setiap bahagian. Apabila kelihatan perang keemasan, terus balikkan.

3. Sautéing

Kaedah ini adalah untuk membantu makanan lebih cepat masak terutamanya daging atau sayur. Anda hanya memerlukan sedikit minyak dan kuali leper. 


Sautéing the mushrooms. Admin suka jenis in


Untuk sauté, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak sihat seperti minyak zaitun. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan. Untuk elak hangus dan terlebih masak, pastikan anda gaul dengan kerap.

4. Kukus

Kaedah mengukus adalah untuk memastikan sayuran yang dimasak kekal rangup, segar dan mempunyai khasiat.  

Untuk mengukus, basuh dan potong sayuran anda, pastikan air kukusan cukup panas dan masukkan sayur ke dalam alat pengukus untuk beberapa minit. 

                           

Pastikan anda menutup penutup alat pengukus supaya masak rata. Hidang segera setelah masak.

Mungkin anda menganggap ia teknik yang biasa namun kesilapan memanggang, membakar, sautéing dan kukus dengan membiarkan suhu yang tidak betul dan had masa yang kurang sesuai boleh menyebabkan masakan anda kehilangan nutrisi. 

Tip mudah untuk mengetahui sama ada masakan betul-betul sempurna adalah dengan menghidu aromanya dan masakan itu kelihatan tidak terlalu kering. 

Selamat mencuba. 

Tuesday, January 6, 2015

On 10:21 AM by Unknown in    No comments


Assalamualaikum semua. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Hari ni, admin nak berkongsi tips yang kebanyakan orang terlepas pandang dalam memilih ayam yang segar dan tentulah sihat untuk dinikmati.

WARNA


Apabila anda membeli ayam segar di pasar basah atau pasar raya, perhatikan warna dagingnya. Daging ayam yang masih baik kelihatan lebih segar dan memiliki kulit yang berwarna merah. 

Jika warna daging ayam kelihatan biru, berkemungkinan daging ayam sudah busuk. Perhatikan juga keadaan daging ayam sama ada bersih atau tidak.



BAU



Tidak salah jika anda menghidu bau daging ayam kerana bau itu menunjukkan kondisinya yang sebenar. 

Daging ayam yang masih segar tentunya memiliki aroma daging yang segar dan semulajadi. 

Jika terdapat bau yang kurang menyenangkan dan lendir, usah membelinya walaupun ramai yang beratur seakan berminat untuk membeli.



TEKSTUR



Sebagai pembeli, anda berhak memeriksa tekstur daging ayam dengan menekan dagingnya. 

Daging ayam yang segar mempunyai mempunyai pembuluh darah di sekitar leher dan kepak. Malah daging ayam segar lebih kenyal dan tidak lembik apabila ditekan dengan jari. 

Apabila daging menjadi lembik apabila ditekan, ia memang daging ayam yang sudah lama.



TIPS EKSTRA



1. Sebaik saja membeli daging ayam, cuci segera dengan bersih kerana ayam yang dijual adalah terbiar tanpa ais.



2. Ada petua mencuci daging ayam menggunakan tepung atau asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir.



3. Sebaiknya simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais.



4. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius. 



5. Jika anda membeli ayam sejuk beku (frozen), pastikan ayam tersebut dibungkus rapi dan tidak mempunyai bahagian ayam yang telah lembut dan cair dari pembekuan.



6. Elak menyimpan kembali di dalam peti sejuk untuk pembekuan semula kerana proses ini menggalakkan pembiakan bakteria yang bahaya seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi.



7. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature)  iaitu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator).



8. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan.



9. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja.



10. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair.  Sekiranya ingin  membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan.

Sekian, itu sahaja daripada admin. Semoga anda lebih berhati-hati menguruskan ayam nanti yer :)


Wednesday, December 24, 2014

On 11:04 PM by Unknown in    No comments

Sudah hampir seminggu kita ditadahkan dengan berita-berita di media terutamanya media sosial mengenai banjir besar di Malaysia. 

Bermula dengan serangan bah besar di negeri-negeri Pantai Timur dan kini terus turun ke negeri-negeri Pantai Barat pula.

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir setengah negeri di Malaysia hampir lumpuh. Baik dari segi aktiviti kehidupan, perhubungan, komunikasi, keperluan bencana dan bantuan serta lainnya.


Hari ini, kita digemparkan pula dengan kehilangan kapal terbang Air Asia yang hilang secara tiba-tiba dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura.

UJIAN & ORANG BERIMAN

Pastinya, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang penuh dengan keamanan tapi mungkin kurang dari aspek perpaduan. Mungkin...

Jadi, Allah SWT menguji sekadar upaya hambaNya. Jika kurang di bahagian itu, Allah itulah bahagian itu kerana bencana ini bukan untuk menguji keutuhan bumi atau kapal terbang tapi untuk membetulkan kembali sikap sesama manusia.


Pray For Malaysia untuk terus aman, selamat, masyarakatnya saling memahami dan bersatu padu.

Tahniah saya ucapkan kepada semua sukarelawan, masyarakat yang memberi bantuan dalam semua bentuk dan akhir sekali, doakan admin untuk turut sama dalam sukarelawan Malaysia untuk mangsa banjir minggu depan.

Allahumma amin...

Ada ke yang nak turut serta misi ni?

Pasti ramai kan? Jika tak berhalangan boleh rujuk dengan mereka ini di talian ini yer :)