Wednesday, December 24, 2014

On 11:00 PM by Unknown in    No comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Sharing saya hari ini nampak ringan tapi sebenarnya memberi kesan yang berat dan kritikal kepada kami untuk memulakan perniagaan offline atau gerai.

Sedikit rahsia dari kami. Kami adalah full-online businessman selama hampir 18 bulan sejak pertengahan 2013.

Bisnes berkembang sangat maju hingga kami terpaksa 'pencen muda' dan bekerja dari rumah sahaja.

Sempena tahun baru 2015, kami sengaja mencabar diri untuk memulakan bisnes Ayam Golek Beratuq ini secara berdepan bersama customer tanpa disempadani oleh teknologi kini.

Bahkan antara desakan sebenarnya adalah untuk membantu orang ramai untuk mendapatkan makanan yang halal, sihat dan lebih menjimatkan di samping berkongsi rasa ramuan rahsia Ayam Golek Beratuq kami.

Ok, terpanjang pula. :)

KENAPA BERBISNES?!

Soalan ini sebenarnya subjektif. Tapi saya terkesan dengan video ini. Jom kita hayati bersama.


Satu saat, saya bertemu dengan seorang kawan di rumahnya.
Sambil bersilaturrahim, saya ingin  mengajaknya berbisnes.

"Pak, ayuh pak ikut berbisnes dengan saya."
"Saya tidak mahu pak!" jawabnya mantap.

Kemudian saya tanya,"Kenapa?"
Jawabnya,"Saya takut kaya"

Saat itu saya kaget, ternyata ada orang yang takut kaya. Dia sangat faham kalau menjalankan bisnes risikonya adalah kaya.

Lalu saya bertanya,"Kenapa anda takut kaya?"
"Saya takut hubbun dunya......Saya takut cinta kepada dunia."

Dalam hati saya berbisik,"Luar biasa kawan saya ini. Dia orang yang soleh."

Dalam hati, saya berdoa,

"Ya Allah, orang soleh seperti inilah yang patutnya kaya. Kerana kalau kekayaan dipegang oleh orang-orang soleh, insyallah rahmatan lil a'lamin. Menjadi rahmat sekalian alam."

Tapi sayangnya,

'ORANG KAYA TIDAK MAHU SOLEH, ORANG SOLEH TIDAK MAHU KAYA'.

#

Kemudian saya bertanya, "Adakah hubbun dunya penyakitnya orang kaya sahaja?"

"Tidak, orang miskin pun banyak menderita penyakit hubbun dunya. Masalahnya bukan ia kaya atau ia miskin tapi bagaimana kita bersikap terhadap kekayaan"

Dengan alasan inilah banyak umat Islam yang tidak mahu bekerja keras, tidak mahu berusaha menjadi orang kaya dan tidak mahu menjadi orang besar.

'UMAT ISLAM TERLALU BESAR UNTUK PUNYA CITA-CITA KECIL!'

Umat Islam harus kaya.....

Seperti kayanya Abu Bakar as-Siddiq, seperti kayanya Umar bin al-Khattab dan kayannya Uthman bin Affan.

Kerana kekayaan merekalah Islam boleh berjaya!

Rasullullah SAW mengajarkan kita untuk berdoa,

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur".

Yang menjadi masalah bukan seberapa banyak kita mendapatkan wang....

'TAPI WANG ITU...DARI MANA DAN UNTUK APA?'

Kata Rasulullah SAW:

"Kita tidak boleh iri melainkan kepada 3 orang, iaitu orang yang berilmu, kemudian mengamalkan dan mengajarkannya, orang yang mati syahid dan orang kaya dan dermawan".

Ingatlah....
Kita adalah harapan masa depan umat.
Bangkit mulai sekarang.
Harapan itu pasti ada.
Allah bersama kita.


~ Ustaz Bagus Hernowo ~

#

Hebatkan. Inilah motivasi kami berbisnes. Bisnes kosong yang diisi dengan amanah, kejujuran dan kemesraan kasih sayang menjadi syiar kepada kekuatan ekonomi umat Islam.

Sekian dulu dari saya.

- Admin -

0 comments:

Post a Comment